Monday, May 30, 2011

# kerja @ cuti #

assalamualaikum...
lama dah tak update blog ni...
dah brape lama ye???
ade la dalam sebulan..

sekarang ni musim cuti sekolah,,
dan jugak cuti U.
sume U cuti panjang tahun ni...
4 bulan tu..lepas raya baru sambung study balik...
kepala otak dah agak2 berkarat,baru nak gilap selepas 4 bulan cuti..

sini nak citer la sikit aktiviti yang aku tengah buat dalam cuti ni...
tau ape????
ape lagi, keje la...
sekarang ni aku keje sebagai 'receptionist' kat sebuah resort kat Pulau Perhentian.
resort ni bernama, Flora Bay Resort.
nak tau lebih lanjut, jom klik sini...

(gambar ni tiada kaitan pun)

keje resort ni skadar nak cari pengalaman la..
bukan ape..hasrat ayahnda nak bukak resort...so, trase macam bertanggungjawab la pulak nak bukak resort.
walau pun masih banyak yang perlu dipelajari,at least, kita tau ape yang orang atasan resort ni uruskan...
tu salah satu tujuan aku keje kat cini la...
satu lagi, nak cari duit lebih nak buat simpanan@beli dinar sebabnya nak buat mas kahwin untuk bakal isteri aku nanti..

walaupun banyak halangannye,harap usaha aku ni akan berbaloi kelak..

aku rasa, setakat ni jah la dulu coretan kali ni..

jumpa lagi..

Friday, April 22, 2011

# KeBeBasAn #

Assalamualaikum

macam mana khabar kamu semua???
masih sihat dipagi jumaat ini?

entri kali ni nak berbicara dengan satu keadaan yang semua orang nak..
iaitu kebebasan..

lain orang, lain maksud bebasnya...
bagi aku, bebas ni tiada lagi tanggungan keatas diri kita..
tak kira la dari segi mental atau fizikal.

dalam beberapa hari lagi, makin ramai yang akan menamatkan peperangan bersama kertas iaitu final exam..
tapi selepas dari exam ni,
ramai yang anggap diri mereka dah bebas..
agak2, ape yang dimaksudkan dengan bebas mereka tu hah??

mungkin bebas dari tekanan peperiksaaan yang telah dihadapi..
nampaknya stress habis orang zaman sekarang ni...

persoalannya, betul ke lepas habisnye satu bebanan atau tanggungjawab sudah boleh dianggap bebas???
adakan ni hanya kebebasan sementara???


bagi aku la kan,
dalam dunia ni, masih banyak lagi dugaan, cabaran, tanggungjawab yang akan ditimpa ke atas diri kita,,
jom kita pakat check diri kita,
masa kita belajar ni, adakah tekanan akan habis setelah kita habis belajar???
then, time kerja, adakah tekanan atau dugaan akan hilang lepas kita dah xkeje lg, dan jadi ayah??
dah tentu sume tekanan, cubaan, tanggungjawab yang akan kita hadapi akan terus bertambah dan terus bertambah sampai la kita ni meninggalkan dunia ini...

so, sebagai kata semangat kita semua,,jangan lah terlalu cepat untuk meraikan kebebasan yang kita hadapi sekarang ni..terutamanya time kita belajar ni..walau habis exam pon,teruskan lah bersiap sedia untuk menempuh cabaran dan dugaan yang akan datang..

~ selamat maju semua ~

Monday, April 18, 2011

# DiNaR eMas & DirHam #

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Dan salam sejahtera...

kali ni entry special cikit..
nak cakap psal satu benda kecik..
tapi ade nilai besar dalam hidup individu, keluarga, masyarakat, negara dan agama.


ni la dinar emas dan dirham..
semua orang pasti dah tengok yang real punya kan???
matawang ni kecik je...xbesar pon..
lbh kurang duit syiling malaysia kite ni je..

ape guna matawang ni ek???
1. sebagai hadiah.
2.sebagai simpanan
3. sebagai mas kahwin
4. untuk membayar zakat
5. aktiviti jual beli

ni spec die..

lau nak tau lbih lagi pasal dinar emas dan dirham ni, tekan cini..





so,sape yang xde lagi dinar emas ni,
dinasihatkan agar beli dan mula menyimpan menggunakan dinar emas ni...
lebih banyak faedahnya...
bleh elakkan diri dari ketidakstabilan matawang...
tiada nialai susutnya..

jika kita tengok dengan menggunakan duit RM kita ni, dengan RM 8000, kita dah bleh pegi ke mekah,
tp tu dulu, dsekarang ni nak  pegi mekah kena ada kurang2 pon RM10,000..
tengok betapa kuatnya nilai matawang yang jatuh...

Namun, dengan emas ini,dulu kita nk pergi ke mekah, memerlukan hampir 20 dinar,
tapi sekarang,hanya memerlukan15 dinar..

macam mana???bleh nampak tak betapa banyak beza jika kita menggunakan dinar ni...
tu baru dari salah satu segi,,xtengok lagi dari segi nak buat mas kahwin,,
(part best nih..)
huhhuhhuhu...

agak2,,,brape mas kahwin paling ok masa ni????RM 5K,10K???
 kata la skarang ni paling ok RM 5K..
lau guna matawang sebanyak RM5K, bersama nilaiannya 8 dinar..
tapi pada masa depan, RM 5K ni dah xdapat lagi 8 dinar..ni nak tunjuk, nilai duit dah makin rendah..
so,lau kita simpan sekarang sebanyak 8 dinar,
nilai mas kahwin kita pada masa depan akan meningkat..



so, kepada lelaki,simpanlah dinar demi jaminan masa depan anda dan keluarga anda..

Lau ade xpaham,,tanyalah ye...



Thursday, April 14, 2011

# eXaMinaTiON #

Assalamualaikum.

dah lama tak menulis kat alam maya ni...
asyik sibuk je ngan study nk exam...minggu ni telah pun bermula exam..



minggu ni je, dah 4  paper, tinggal lagi 2 paper minggu depan...
sume soalan aku jawab...
tapi xtau la..sume btul ke tak..



aku tengok...sume orang sibuk dengan study masing2...
macam2 gaya ada...
ade yg duk menghafal, mengira, macam2 lagi la...
aku plak,,keje duk kaji orang,, dah nk study malas...
duk  harapkan ape yang paham dalam kelas je la...ingat tu xpasti la..
study smart lbih baik dari study hard...
bg aku plak..lau study smart saje tp tak hard, wat pe jgak...
kan???
 ape pun,,, selamat berjuang kepada kawan2ku..
gambateh!!!




Wednesday, March 30, 2011

# rumah pertamaku #

Rumah pertamaku: Golongan muda dibebani hutang

# hujan oh hujan_2 #

assalamualaikum semua
:: cuaca kat pengkalan chepa ni masih hujan lagi masa ni ::


 tapi nasib baik la hujan je..tak berserta skali ngan guruh2,
kilat2 sabung menyabung manakal burung berkicauan langsung tak dengar dah..

lau semua nak tau kat kawasan UMK ni camne skarang, camni la...



dah jd banjir kilat dah..
baru brape jam hujan..
agak2,apela sebab dan musabab yang bleh jd banjir kilat sampai gini hah???
longkang tersumbat ke???

agak hampa disini

:: diorang pikir la sendiri ::

# Hujan oh Hujan #

assalamualaikum..
selamat hari2..

cauca pagi ni sejuk kat Kota Bharu ni..
mana xsejuk...asyik hujan je seminggu dua ni..
adakah musim tengkujuh baru sampai???
oh tidak..nampaknya ramai yang mula risau pasal banjir...
bg aku, mungkin tak kot..ye la,,ujan rinntik2 je pun..lebat kadang2..




cuaca macam ni memang amat sesuai la untuk aku terperap je dalam bilik ni...
dibungkus pulak ngan selimut..menghangatkan badan..
tapi,,lama2 duk dalam bilik ni buleh mengundang rasa yang begitu lain skali..
rasa LAPAAARRR!!!!!!
dah la cuaca hujan..




Namun, jika kite tengok disebalik hujan ini,
(sebalik???)
adanya satu fenomena yang begitu indah..
fenomena yang menjadi impian semua orang
sampaikan, ada yang percayakan sesuatu yang diluar kenyataan..

:: PELANGI ::




ada yang percaya dikaki pelangi ni adanya timbunan emas,,
ada juga yang percaya pelangi ni salah satu jalan untuk ke langit..
hahaha...
memang macam2 lah orang percaya..
namun dari segi sainsnya, ianya hanyalah biasan cahaya dari titisan hujan..
mengimbau la pulak benda ni..
masa sekolah dulu pun dah blajar buat pelangi sendiri..
mudah aje,
semburkan air ke arah berlawanan dengan kedudukan matahari,,,
then, jadi la..sape xjadi buat 2, pegi tanya budak skolah rendah balik...diorang lebih tau..
hehehheee..

ase stakat ni je la dulu untuk kali ni...
sekadar nak hilangkan rasa mengantuk yang amat sangat..

:: selamaaaat ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...