Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

# sibuk ker? #

Assalamualaikum,,,

pagi ni terasa tangan ku bersemangat je nak menulis, walaupun ku tahu, 
kepala otak ku sedang ligat untuk mencari idea untuk ditulis...

hari ini agak relax sikit...maklum..kelas petang ni baru ada..tu pun 2 jam je.
tp, pagi ni dah ade rancangan sampai ke petang..dan kalau dikira, memang xsempat buat semua kerja terancang ni...

planning, pagi2 nak update blog yang dah lama bersawang kat laman sesawang ni,, 


pas tu, nak buat assignment Service Marketing yang kena hantar minggu depan. assignment pasal marketing mix (7P's) syarikat2 yang familiar...(dulu belajar 4 jer, sem ni kena tambah lagi 3).nak kata susah tu xla jugak,sebab orang laen buleh buat, rilek je, so, kena buat sambil rilek2 jugak la ni...huhu.. nar tau ape tu 7P's?..ni kat bawah ni..tengok la ye...



lepas je buat assigment ni, nak kena g hantar barang kat adik plak kat skolah Maahad Muhammadi Lelaki..(sekolah lama la tu lau nak kenal..). ada kawan dia mintak tolong belikan handphone nokia 1280 warna biru..(pergh budak sekarang,,,skolah rendah pon dah ade handphone)..kaya sungguh.. kite dulu pun tingkatan 2 baru kenal hs.tu pun model 3310...
nostalia sungguh rasenye..

 

petang ni pulak nak kena g kelas E-Dagang..
subjek untuk berniaga dan melakukan urusniaga melalui internet@atas talian.
tapi sebelum tu, kite kena tahu ape kah sistem2 yan ada, bagaimana ia berfungsi, dan macam2 lagi la...mudah untuk menempuhi hari2 yang mencabar akan datang.

habis je kelas ni, kena prepare nak kena balik ke jeli pulak...sebab nak kena bawak balik Umi ke bachok..huhuu..part ni paling ku suke,berbakti pada orang tua. tak kira la kita sibuk macam mana sekali pun..nak ke nt kalau anak kita tak sempat nak tolong kita masa kita dah xlarat atau masa kita tidak berkemampuan kelak???mesti la tak nak kan??so, masa muda ni, kena la tolong mak ayah kita sebanyak yang mungkin..kelak tiada penyesalan...huhuuhu...

ape pun sesibuk mana urusan kita sekali pun, uruslah dengan baik..kalau masa yang diberi kepada kita yang sedikit ini pun sudah tidak mampu untuk diurus,apatah lagi tanggungjawab yang bakal menjelang..

:: peringatan untuk kita bersama ::

salam remaja untuk semua
dan 
...Assalamualaikum...


Thursday, August 18, 2011

# sangkaan #

اسلام عليكم

" berbaik sangka vs sangka buruk "
ni la tajuk yang aku rasa aku nak kupas sikit pada pagi ni.
 terasa nak kupas tajuk ni pada pagi ni sebab aku rasa tajuk ni begitu penting dalam kehidupan manusia sejagat.

boleh dikatakan semua perkara yang berlaku bermula dari bersangkaan.
betul ke?

bermula dengan kehidupan sebagai hamba Allah,
sangkaan kita terhadap ape yang Allah akan balas terhadap segala apa yang kita amalkan.
jika kita bersangka baik kepada Allah,maka baiklah. begitulah sebaliknya..



keduanya, kalau berniaga..pun sumenye atas sangkaan kita..
xcaye?
cuba kita tengok, kita sering anggap orang lain berniaga pun cincai2 jugak,ada tipu2 sikit,so,aku pun kena lah buat sekali,tak kan aku sorang je berniaga yang baik...kalau aku baik dalam berniaga pun,bukan ade orang nampak pun,bukan ade orang hargai pun..kan3???
acu try kite 'adjust' sikit persepsi/sangkaan/anggapan kita tu kepada sangkaan yang lebih baik..contohnya,kita anggap sume orang yang berniaga ni telah berubah dan mejadi peniaga yang jujur dan ikhlas...
lama kelamaan, dengan kita2 skali pun boleh berubah kan??


yang last skali untuk pagi ni, bersangkaan dalam berkawan..
kawan ni pon boleh berubah mengikut ape yang kita sangkakan..cuba kita tengok, kadang2 kita tengok seseorang tu buat sesatu benda,kemudian kite pon mula la memikirkan benda yang plik2,maka,terjadi la ape yang kita sangka tu..boleh tak kalau kita sama2 ubah sangkaan yang 'baik' kepada yang lebih baik sedikit???
demi kebaikan kita bersama..


so,jadilah,


sekian;
apa yang baik datangnya dari Allah.
dan segala kekurangan adalah dari diri ini...

:: salam kebaikan ::

*p/s: penulis sekadar menasihati diri sendiri.

Friday, April 22, 2011

# KeBeBasAn #

Assalamualaikum

macam mana khabar kamu semua???
masih sihat dipagi jumaat ini?

entri kali ni nak berbicara dengan satu keadaan yang semua orang nak..
iaitu kebebasan..

lain orang, lain maksud bebasnya...
bagi aku, bebas ni tiada lagi tanggungan keatas diri kita..
tak kira la dari segi mental atau fizikal.

dalam beberapa hari lagi, makin ramai yang akan menamatkan peperangan bersama kertas iaitu final exam..
tapi selepas dari exam ni,
ramai yang anggap diri mereka dah bebas..
agak2, ape yang dimaksudkan dengan bebas mereka tu hah??

mungkin bebas dari tekanan peperiksaaan yang telah dihadapi..
nampaknya stress habis orang zaman sekarang ni...

persoalannya, betul ke lepas habisnye satu bebanan atau tanggungjawab sudah boleh dianggap bebas???
adakan ni hanya kebebasan sementara???


bagi aku la kan,
dalam dunia ni, masih banyak lagi dugaan, cabaran, tanggungjawab yang akan ditimpa ke atas diri kita,,
jom kita pakat check diri kita,
masa kita belajar ni, adakah tekanan akan habis setelah kita habis belajar???
then, time kerja, adakah tekanan atau dugaan akan hilang lepas kita dah xkeje lg, dan jadi ayah??
dah tentu sume tekanan, cubaan, tanggungjawab yang akan kita hadapi akan terus bertambah dan terus bertambah sampai la kita ni meninggalkan dunia ini...

so, sebagai kata semangat kita semua,,jangan lah terlalu cepat untuk meraikan kebebasan yang kita hadapi sekarang ni..terutamanya time kita belajar ni..walau habis exam pon,teruskan lah bersiap sedia untuk menempuh cabaran dan dugaan yang akan datang..

~ selamat maju semua ~

Wednesday, October 20, 2010

Teka-Teki Imam Ghazali kepada murid-muridnya.


1. Apa yang paling dekat dengan kita di dunia
ini?
-KEMATIAN.
janji Allah setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Al-Imran 185).
 
2. Apa yang paling jauh dengan kita dalam
dunia ini?
-MASA LALU KITA.
bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita
kita tetap tidak mampu untuk kembali ke
masa lalu. oleh itu, hargailah apa yang
kita ada sekarang. haruslah kita menjaga
diri dan keluarga dengan perbuatan yang
sesuai dengan ajaran agama.

3. Apakah yang paling berat di dunia ini?
-MEMEGANG AMANAH. (Al-Ahzab).
walau dalam apa bentuk sekali pun.
apabila ada amanah, maka ada
tanggungjawab.

4. Apa yang paling besar di dunia ini?
-NAFSU.
(Al-A'raf: 179) maka kita harus menjaga
hati dan jasad agar tidak dikawal oleh
nafsu.jangan sampai nafsu menjadi tuan
lalu menjerumus ke lembah kehinaan,
mengheret kita menjadi penghuni neraka.

5. Apa yang paling ringan di dunia ini?
-MENINGGALKAN SOLAT.
disebabkan pekerjaan, meeting, shopping
dan sebagainya ada yang sanggup
meninggalkan solat dengan mudah sahaja
tanpa memikirkan yang solat itulah tiang
agama. tiada tiang runtuhlah agama dan
tanpa agama runtuhlah organisasi
masyarakat amnya serta dunia
keseluruhannya.

6. Apakah yang paling tajam di dunia ini?
-LIDAH MANUSIA.
kerana lidah manusia boleh menyakiti hati
dan melukai perasaan orang yang rapat
dengan kita malah kelukaan itu lebih
parah daripada terkena tusukan pedang
yang paling tajam. kalau kita tidak mahu
disakiti, jadi kawallah lidah agar tidak
menyakiti orang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...