Thursday, August 18, 2011

# sangkaan #

اسلام عليكم

" berbaik sangka vs sangka buruk "
ni la tajuk yang aku rasa aku nak kupas sikit pada pagi ni.
 terasa nak kupas tajuk ni pada pagi ni sebab aku rasa tajuk ni begitu penting dalam kehidupan manusia sejagat.

boleh dikatakan semua perkara yang berlaku bermula dari bersangkaan.
betul ke?

bermula dengan kehidupan sebagai hamba Allah,
sangkaan kita terhadap ape yang Allah akan balas terhadap segala apa yang kita amalkan.
jika kita bersangka baik kepada Allah,maka baiklah. begitulah sebaliknya..



keduanya, kalau berniaga..pun sumenye atas sangkaan kita..
xcaye?
cuba kita tengok, kita sering anggap orang lain berniaga pun cincai2 jugak,ada tipu2 sikit,so,aku pun kena lah buat sekali,tak kan aku sorang je berniaga yang baik...kalau aku baik dalam berniaga pun,bukan ade orang nampak pun,bukan ade orang hargai pun..kan3???
acu try kite 'adjust' sikit persepsi/sangkaan/anggapan kita tu kepada sangkaan yang lebih baik..contohnya,kita anggap sume orang yang berniaga ni telah berubah dan mejadi peniaga yang jujur dan ikhlas...
lama kelamaan, dengan kita2 skali pun boleh berubah kan??


yang last skali untuk pagi ni, bersangkaan dalam berkawan..
kawan ni pon boleh berubah mengikut ape yang kita sangkakan..cuba kita tengok, kadang2 kita tengok seseorang tu buat sesatu benda,kemudian kite pon mula la memikirkan benda yang plik2,maka,terjadi la ape yang kita sangka tu..boleh tak kalau kita sama2 ubah sangkaan yang 'baik' kepada yang lebih baik sedikit???
demi kebaikan kita bersama..


so,jadilah,


sekian;
apa yang baik datangnya dari Allah.
dan segala kekurangan adalah dari diri ini...

:: salam kebaikan ::

*p/s: penulis sekadar menasihati diri sendiri.

Wednesday, August 17, 2011

# emas oh emas #

--- اسلام عليكم ---



Entri kali ni agak spesel kerana agak bersifat keuntungan.
(sape yang tak nak keuntungan kan?)
Keuntungan dari segi duniawi dan juga ukhrawi..
Kalau saudara/i telah baca post mengenai dinar emas, maka kali ini adalah lanjutan daripada post yang tersebut la...
(kalau belum baca,klik sini dulu)
Sedikit nasihat,entri kali ini adalah kepada bakal @ yang menjadi kaki2 penyimpan2 emas dan juga dinar2 emas. Dan juga kepada mereka yang meminati emas di seluruh negara.

kali ni bukan dah nak perkenalkan ape itu emas,ape itu dinar,nilai karat die, tak dah...semua tu kita dah tau...

TAPI...
kali ini saya ingin ketengahkan cara2 untuk mendapatkan emas dengan cepat sebagaimana yang kita mahu...

seperti yang kita tahu, nilaian harga emas ini akan sentiasa naik dan terus naik...namun, bagaimana kita yang inginkan emas ni mampu mendapatkan emas...

salah satu cara yang boleh bersama2 kite praktikkan adalah kita (ape yang penting)berKERJASAMA antara satu sama lain dalam bentuk kumpulan..kita jadikan satu kumpulan untuk mengumpul wang,dan seterusnya membeli emas yang kita inginkan.

kita ambil satu contoh:-


katakan:-
i) dalam tempoh masa setahun,kita ingin memperolehi satu keping emas 10gram(999.9) yang bernilai RM1,900.00
ii) setahun;12bulan;360 hari.

jika 1 orang :
     1 hari : rm 5.30
     1 bulan : rm 158.40
     1 tahun : rm 1,900.00
.: masa untuk dapatkan 1 x 10g emas ialah 1 tahun.

jika 5 orang :
     1 hari : rm 26.50
     1 bulan : rm 795.00
     1 tahun : rm 9,540.00
.: masa untuk dapatkan 1 x10g emas ialah 2.4 bulan

jika 10 orang : 
     1 hari : rm 53.00
     1 bulan : rm 1,590.00
     1 tahun : rm 19,080.00
.: masa untuk dapatkan 1 x 10g emas ialah 1.2 bulan


nampakkan kadar tempoh masa yang berubah mengikut penambahan ahli kumpulan, makin ramai ahli kumpulan,makin cepat kita mampu mendapatkan kepingan emas tersebut,
perlu diingat oleh pembaca sekalian bahawa harga pasaran emas ini adalah tidak menentu namun semakin meningkat.. sekiranya harga pada hari ini ialah rm1,900.00 , maka,pada 5 bulan atau 1 tahun akan datang harganya akan menjadi lebih tinggi dari harga tersebut...
oleh kerana itulah saya disini menyarankan kepada bakal2 penyimpan emas sekalian dapat bersama2 menjadikan cara ini sebagai cara simpanan masa depan kita.
selain dapat membantu ahli kumpulan yang lain, kita juga dapat mengekalkan semangat ingin menyimpan yan ada dalam diri. bayangkan jika anda berseorang dalam menyimpan,belum tentu anda mampu mendapatkan sekeping emas 10g dalam setahun itu kan?? 

   


jadi ape tunggu lagi, jom bersama kita menyimpan..

simpanan emas demi bangsa,agama dan negara.

:: jumpa lagi di lain post ::

*p/s: carilah ahli kumpulan anda yang dipercayai...=)

Tuesday, August 16, 2011

# kini kembali #

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
( haa..macam ni baru betul..penuh..hehe)

ape khabar kawan2 sekalian?
kamu semua sihat?
harap2nya semua berada dalam limpahan rahmat-Nya yang meluas ini...
mema lama dah tak update benda alah ni...ape ni orang panggil...
haaaa...BLOG...

...hehehe...

agak kekkok sikit menulis kali ni...sebabbnya;
i) lama dah tak menulis,
ii) ketiadaan masa untuk menulis,
iii) injured,baru keluar wad..



kesempatan ni jugak, nak ucap selamat menjadi ahli blog baru kepada member saye
dan ucapan tahniah kepadanya kerana sanggup blaja nak berblog ni...hahahaa..sape nak tengok
blog die, klik sini...

sekarang ni kepala tengah berserabut nak menulis ape...maklum la..banyak sangat idea2 yang trbuku dalam kepala ni...dah 3 bulan tak update blog... so, tipu la kalau ckap xde modal nak bagitau kan???

macam ni la mudah2,ari khamis lepas aku ade mngalami nasib buruk/ujian/bala sikit.. 
aku kena masuk ke dalam wad..
sebabnya,muka aku dan tangan aku terkena api...waduh...pedih jangan dikata la..
masa tu saye rase macam tuhan dah bagi hint macam mane api neraka ni rasenye...
mulanya... ayah aku suruh aku tebuk dram (tong biru) untuk dibuat tempat tadahan air hujan...


kalau dulu aku guna guna mata gergaji besi je,.memang lambat dan kurang efektif..
so, nak suh cepat dan efektif, guna la mesin canai...



dengan guna mesin ni..dengan cepat nye aku telah menebuk dram yg pertama... kemudian, aku ambil dram yang kedua,
aku pun tebuk buat macam biase la...tinggal sekit je lagi nak habis tu, aku berhenti kejap,letih la konon..tengok benda kat dalam tu...aku tengok macam air je...so aku wat xkisah je la...lepas tu aku nak sambung nak siapkan keje tu, aku bukak sikit tudung tong tu, aku try nak canai dari dalam plak..tetiba je 
BUUUHH.....nyalaan api terkena terus ke muka n tangan aku..terkejut aku...n terus tercampak canai tu...aku lari sebab terasa muka aku terbakar..namun aku selak baju yang aku pakai tu untuk tutup muka aku yang terasa ada api tu..kelam kabut dibuatnya masa tu...aku terus ajak adik ipar aku g kat kecemasan hospital Jeli..

sampai hospital je, dotor suh tunggu kejap...(aiseh,bleh plak tgu..)..aku pon baring atas katil..doktor datang bagi rawatan..mula2 die suh makan ubat je,...(kantoi xpuasa,,)..then die cucuk kat lengan..ubat tahan sakit...
nak je aku kata.."xsakit...pedih je..." kat doktor tu...
lepas tu doktor amik kaen basah, then letak kat muka aku...lega kejap pastu rase panas balik..terasa macam ade api lagi...masa tu aku terfikir..macam mana la dalam neraka kelak...eeeeeiiiiii.....takutnye..
lepas sejuk semua panas kat muka aku ni, aku dimasukkn ke wad..akibat ubat tahan sakit tu,,aku tertido sampai la paginya...

paginya pulak aku dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, KB.
sebaba utama aku dibawa kesana adalah untuk chek mata aku...ye la..susah sangat nakbukak mata sebelah kiri ni..lepas pada chek tu, doktor sahkan mata kiri aku ni luka...nsib baik la kat mata putih ni je..kalau mata hitam, agak2 nak ke rosak mata sebelah...

so, doktor pon suh aku duk kat hospital satu malam lagi...
jadilah 3h2m aku duk di hosp...

sekarang ni aku duk la dirumah..dan doktor kasi MC sampai 21hb. 8..sekarang ni aku duk tunggu masa la kulit kat muka  n tangan aku ni menggelupas keluar kulit baru..
so bertampung2 la warna kulit aku lpas ni..

ape pun, kamu2 semua doakanlah aku supaya sentiasa selamat di bawah rahmat-Nya la ye..
semoga ape yang terjadi ini diambil hikmah dan pengajarannya,,,

sehingga berjumpa lai dilain post..hehheee

Assalamualaikum...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...