--- اسلام عليكم ---
Entri kali ni agak spesel kerana agak bersifat keuntungan.
(sape yang tak nak keuntungan kan?)
Keuntungan dari segi duniawi dan juga ukhrawi..
Kalau saudara/i telah baca post mengenai dinar emas, maka kali ini adalah lanjutan daripada post yang tersebut la...
(kalau belum baca,klik sini dulu)
Sedikit nasihat,entri kali ini adalah kepada bakal @ yang menjadi kaki2 penyimpan2 emas dan juga dinar2 emas. Dan juga kepada mereka yang meminati emas di seluruh negara.
kali ni bukan dah nak perkenalkan ape itu emas,ape itu dinar,nilai karat die, tak dah...semua tu kita dah tau...
TAPI...
kali ini saya ingin ketengahkan cara2 untuk mendapatkan emas dengan cepat sebagaimana yang kita mahu...
seperti yang kita tahu, nilaian harga emas ini akan sentiasa naik dan terus naik...namun, bagaimana kita yang inginkan emas ni mampu mendapatkan emas...
salah satu cara yang boleh bersama2 kite praktikkan adalah kita (ape yang penting)berKERJASAMA antara satu sama lain dalam bentuk kumpulan..kita jadikan satu kumpulan untuk mengumpul wang,dan seterusnya membeli emas yang kita inginkan.
kita ambil satu contoh:-
katakan:-
i) dalam tempoh masa setahun,kita ingin memperolehi satu keping emas 10gram(999.9) yang bernilai RM1,900.00
ii) setahun;12bulan;360 hari.
jika 1 orang :
1 hari : rm 5.30
1 bulan : rm 158.40
1 tahun : rm 1,900.00
.: masa untuk dapatkan 1 x 10g emas ialah 1 tahun.
jika 5 orang :
1 hari : rm 26.50
1 bulan : rm 795.00
1 tahun : rm 9,540.00
.: masa untuk dapatkan 1 x10g emas ialah 2.4 bulan
jika 10 orang :
1 hari : rm 53.00
1 bulan : rm 1,590.00
1 tahun : rm 19,080.00
.: masa untuk dapatkan 1 x 10g emas ialah 1.2 bulan
nampakkan kadar tempoh masa yang berubah mengikut penambahan ahli kumpulan, makin ramai ahli kumpulan,makin cepat kita mampu mendapatkan kepingan emas tersebut,
perlu diingat oleh pembaca sekalian bahawa harga pasaran emas ini adalah tidak menentu namun semakin meningkat.. sekiranya harga pada hari ini ialah rm1,900.00 , maka,pada 5 bulan atau 1 tahun akan datang harganya akan menjadi lebih tinggi dari harga tersebut...
oleh kerana itulah saya disini menyarankan kepada bakal2 penyimpan emas sekalian dapat bersama2 menjadikan cara ini sebagai cara simpanan masa depan kita.
selain dapat membantu ahli kumpulan yang lain, kita juga dapat mengekalkan semangat ingin menyimpan yan ada dalam diri. bayangkan jika anda berseorang dalam menyimpan,belum tentu anda mampu mendapatkan sekeping emas 10g dalam setahun itu kan??
jadi ape tunggu lagi, jom bersama kita menyimpan..
simpanan emas demi bangsa,agama dan negara.
:: jumpa lagi di lain post ::
*p/s: carilah ahli kumpulan anda yang dipercayai...=)
No comments:
Post a Comment