Wednesday, June 27, 2012

# almost 3 month #

Assalamualaikum..

apa khabar kamu semua? harap semua OK selalu..

dengar tajuk pun tak bleh blah dah..

hampir 3 bulan...
apa yang hampir 3 bulan ni ek?

hehehe...
 hampir 3 bulan aku tak mengemaskini blog kesayangan ni..
dah reput segala jenis tiang dan dinding..
memang lama la tu kan..
ada sebabnya tak leh nak update blog ni..
sebabnya, hampir 3 bulan jugak la tak leh masuk account google nih..
adoi..nyanyuk dah kot..orang kata dah tua..

lama sangat tak update, kan dah bersarang..hehehe...


hampir 3 bulan jugak aku sibuk untuk menghabiskan masa untuk study..
almaklum la... dah sem 6, bermakna dah habis tahun 3 kat Uni...
tinggal setahun je lah lagi..
(tak lama dah nak habis study)

sekian dulu untuk kali ni,

mohon maaf segalanya coz tak update blog ye..

~See You Later~

 Assalamualaikum..

Monday, March 26, 2012

# sekayu waterfall trip part 2 #

Assalamualaikum..

Ni gambar untuk part 2,
gambar masa pergi ke Air Terjun Sekayu
(23-24/3/2012)

bajet cute nih..

depan rumah Nad

we olls

driver n co-pilotnya

Habib; Ita; Ada;

Selamat Datang,Selamat Pulang,


Mr. Muscle


~Menconteng arang di muka~






~Lelaki Hot 2012~



Kontrobesi nih..

cucuk pipi lagi..



 Muzium Terengganu

Puteri Penyu

Mimbar Masjid Kristal

# sekayu waterfall trip part 1 #

assalamualaikum...

ni gambar untuk part 1,
gambar masa pergi ke air terjun sekayu
(23-24/3/2012)

tengok2 la ye..

kat rumah nad sebelum makan malam

the bodyguard

Maliki; Nazreen; Nabil


Nazreen; Muin; Maliki;


Bahiyah; Fairus;

"where is my mind?"




Bahiyah; Nadrah;

pintu belakang masjid kristal

Naz; Maliki; Muin; Fairus;

kat depan rumah ainun

singgah solat di masjid UniSZA.





Tuesday, March 20, 2012

# jom kita jalan-jalan #

Assalamualaikum w.b.t.
&
Selamat Sejahtera

Kali ni aku nak bagitau yang hujung minggu ni aku nak buat trip ke..
Air Terjun Sekayu.

Pernah dengar tak nama tempat ni ek??

 

aku rasa, aku je yang tak kenal lagi tempat ni.. sebab tu lah aku nak sangat tempat ni...
aku nak explore tempat percutian dengan kawan2 aku..
kali ni aku g dengan kawan2 sekuliah kat U aku..

kalau ada sapa2 nak join,boleh je..jom lah..
trip ni akan dibuat hujung mggu ni, hari jumaat hingga keesokannya..

Tak sabar rasanya nak pergi kesana..
semoga tiada apa yang buruk terjadi semasa n selepas balik dari Sekayu nanti..

nanti, aku nak update blog dengan gambar2 masa kiteorg duk kat sekayu tu plak..
jumpa kamu semua kat sana k..

thanks my beloved readers, u all..

~ Sejahtera keatas kamu semua. ~

Sunday, January 1, 2012

:: selamat semuanya ::

assalamualaikum semua

sihat?
harap semuanya baik-baik

sedar tak sedar, kita dah pun melangkah ke tahun baharu.
tahun 2012.

apa azam tahun baru ini?
semestinya nak menjadi yang lebih baik dari tahun lepas kan?
(macam lama je bunyi tahun lepas)
ape pun, harap2nya semua azam yang tersebut itu akan mampu tertunai sebaiknya.

2 minggu pertama tahun ini, akan dihabiskan sebaiknya untuk bertarung didalam Final Exam.
habis saja final kali ini, maka habis lah semester 5 kat U ni.
harapnya,semuanya akan okey.


" apapun yg terjadi ku kan selalu ada untukmu
janganlah kau bersedih ’coz everything’s gonna be okay "

pernah dengar rangkap lirik lagu ni?
hehe..best kan lagu ini.
sebenarnya lagu ini mengingatkan kepada adik2 aku,nazihah dan safwan.
diorang minat sangat lagu ini. kecik2 pun dah pandai nyanyi.

ok guys,
setakat ni dulu coretan untuk tahun baharu ni.
terpaksa kena fokuskan fikiran untuk final exam yang bakal menjelma esok.

salam kasih buat semua

~ assalamualaikum ~

Tuesday, December 27, 2011

:: sedar tak sedar ::

~ Assalamualaikum ~

apa khabar semua?
sihat tak?
harap sihat2 selalu...

sedar tak sedar, tahun 2011 dah nak melabuhkan tirai dah..



dan tahun 2012 bakal memulakan lembaran baru...



tapi kita ni,macamana?

dah bersediakah untuk menempuhi tahun baru dan umur baru ni?

sedar tak sedar,
jika tahun dah bertambah,semuanya sepatutnya akan bertambah..
umur kita akan bertambah menjadi lebih tua,
pengetahuan kita akan menjadi luas,
pengalaman akan menjadi lebih banyak,
perangai akan menjadi lebih matang,
(matang kah?)
namun,hakikatnya, countdown hayat kita da semakin dekat.
sedar tak sedar.
harap sedar2 lah ye,
(^^~)

dan jangan lupe jugak,
macam tahun2 yang lepas,
 sediakan satu azam yang baru,
untuk menjadikan diri pada tahun depan lebih baik dari tahun ini..

jumpa lagi tahun depan ye.

~ assalamualaikum ~

Thursday, October 6, 2011

# sibuk ker? #

Assalamualaikum,,,

pagi ni terasa tangan ku bersemangat je nak menulis, walaupun ku tahu, 
kepala otak ku sedang ligat untuk mencari idea untuk ditulis...

hari ini agak relax sikit...maklum..kelas petang ni baru ada..tu pun 2 jam je.
tp, pagi ni dah ade rancangan sampai ke petang..dan kalau dikira, memang xsempat buat semua kerja terancang ni...

planning, pagi2 nak update blog yang dah lama bersawang kat laman sesawang ni,, 


pas tu, nak buat assignment Service Marketing yang kena hantar minggu depan. assignment pasal marketing mix (7P's) syarikat2 yang familiar...(dulu belajar 4 jer, sem ni kena tambah lagi 3).nak kata susah tu xla jugak,sebab orang laen buleh buat, rilek je, so, kena buat sambil rilek2 jugak la ni...huhu.. nar tau ape tu 7P's?..ni kat bawah ni..tengok la ye...



lepas je buat assigment ni, nak kena g hantar barang kat adik plak kat skolah Maahad Muhammadi Lelaki..(sekolah lama la tu lau nak kenal..). ada kawan dia mintak tolong belikan handphone nokia 1280 warna biru..(pergh budak sekarang,,,skolah rendah pon dah ade handphone)..kaya sungguh.. kite dulu pun tingkatan 2 baru kenal hs.tu pun model 3310...
nostalia sungguh rasenye..

 

petang ni pulak nak kena g kelas E-Dagang..
subjek untuk berniaga dan melakukan urusniaga melalui internet@atas talian.
tapi sebelum tu, kite kena tahu ape kah sistem2 yan ada, bagaimana ia berfungsi, dan macam2 lagi la...mudah untuk menempuhi hari2 yang mencabar akan datang.

habis je kelas ni, kena prepare nak kena balik ke jeli pulak...sebab nak kena bawak balik Umi ke bachok..huhuu..part ni paling ku suke,berbakti pada orang tua. tak kira la kita sibuk macam mana sekali pun..nak ke nt kalau anak kita tak sempat nak tolong kita masa kita dah xlarat atau masa kita tidak berkemampuan kelak???mesti la tak nak kan??so, masa muda ni, kena la tolong mak ayah kita sebanyak yang mungkin..kelak tiada penyesalan...huhuuhu...

ape pun sesibuk mana urusan kita sekali pun, uruslah dengan baik..kalau masa yang diberi kepada kita yang sedikit ini pun sudah tidak mampu untuk diurus,apatah lagi tanggungjawab yang bakal menjelang..

:: peringatan untuk kita bersama ::

salam remaja untuk semua
dan 
...Assalamualaikum...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...