Thursday, February 24, 2011

# Busy #

Assalamualaikum...

Banyak sungguh kerja sejak kebelakangan ni...tak sempat pun nak ber-blog ni sepenuh masa,atau pun spruh masa...pas tu,loni ni, ditambah plop dgn masalah yang paling besar....bila terjadinya masalah ni, terpaksa la hidup merana...mana tak nyer, Handset rosak...xsampai 2 tahun pakai hs tu...dah la rosak slide je pon...len kali tobat dah xbeli hs slide,xkire la yg mahal ke tak...tp,nak beli hs baru,,,perlu ke??? Perlu ke beli hs baru???adakah ia keperluan atau kemahuan??? tulun la...bnyak nye keperluan yang hendak dipenuhi...tp,masalahnye,,,FULUS xdop,,,adui...kalu bajet xdop, maknanya,xtau bila lg la nk beli hs baru 2....stakat ni,lebih banyak persoalan dari jawapan....entah bila akan terjawab semua persoalannya tu... sabor je la....huhuhu..

Tuesday, October 26, 2010

^^~

Salam...
lama tak buka benda ni...
rindu la plak asenye..ape pon kali ni nak share satu pantun je...

Bintang tujuh sinar berseri,
     Bulan purnama datang menerpa,
Ajaran guru hendak dicari,
     Mana yang dapat janganlah lupa.



So,ape yang saye nak ingatkan adalah...
sejauh mana pn kita blaja,
stinggi mana pn kita mngaji,
semegah mana pn bngunan yang tercipta,
ingatlah....
jasa guru kita,janganlah kita lupai..


TERIMA KASIH GURU,USTAZ,USTAZAH,PROF,DR.,..dan semua yang pernah mengajar diri ini...

Wednesday, October 20, 2010

Teka-Teki Imam Ghazali kepada murid-muridnya.


1. Apa yang paling dekat dengan kita di dunia
ini?
-KEMATIAN.
janji Allah setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Al-Imran 185).
 
2. Apa yang paling jauh dengan kita dalam
dunia ini?
-MASA LALU KITA.
bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita
kita tetap tidak mampu untuk kembali ke
masa lalu. oleh itu, hargailah apa yang
kita ada sekarang. haruslah kita menjaga
diri dan keluarga dengan perbuatan yang
sesuai dengan ajaran agama.

3. Apakah yang paling berat di dunia ini?
-MEMEGANG AMANAH. (Al-Ahzab).
walau dalam apa bentuk sekali pun.
apabila ada amanah, maka ada
tanggungjawab.

4. Apa yang paling besar di dunia ini?
-NAFSU.
(Al-A'raf: 179) maka kita harus menjaga
hati dan jasad agar tidak dikawal oleh
nafsu.jangan sampai nafsu menjadi tuan
lalu menjerumus ke lembah kehinaan,
mengheret kita menjadi penghuni neraka.

5. Apa yang paling ringan di dunia ini?
-MENINGGALKAN SOLAT.
disebabkan pekerjaan, meeting, shopping
dan sebagainya ada yang sanggup
meninggalkan solat dengan mudah sahaja
tanpa memikirkan yang solat itulah tiang
agama. tiada tiang runtuhlah agama dan
tanpa agama runtuhlah organisasi
masyarakat amnya serta dunia
keseluruhannya.

6. Apakah yang paling tajam di dunia ini?
-LIDAH MANUSIA.
kerana lidah manusia boleh menyakiti hati
dan melukai perasaan orang yang rapat
dengan kita malah kelukaan itu lebih
parah daripada terkena tusukan pedang
yang paling tajam. kalau kita tidak mahu
disakiti, jadi kawallah lidah agar tidak
menyakiti orang lain.

Assalamualaikuummmm.....

Salam perkenalan kepada saudara dan juga saudari yang baru masuk ke blog yang serba kekurangan lagi ni...ambo sini nyo,hanyolah sekodar nak try2 jah la gano perasoe ore hok wak blog ni....buke gapo,,ore laen maju, kito pon kena la maju jugok...barula tok jadi 'katok bowoh purung'...ko guano??? hehehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...